Sabtu, 11 Jun 2011

KENA MUHASABAH DIRI...KENA TELUS....KENA AKUI KESALAHAN2....MENYUSAH RAKYAT DGN KENAIKAN HARGA BARANG,,,ITU KEBAJIKAN KE....AGAK2LAH BERCAKAP TU

'Lu apa kuasa ambil gua punya IC?'
Hazlan Zakaria
Jun 11, 11
12:20pm

Pengurus bank Hiew Kok Ming, ditahan, digari dan ditahan tiga hari di lokap ibu pejabat trafik Melaka Tengah akhir bulan lalu hanya kerana tidak memakai tali pinggang keledar ketika memandu.

Bagaimanapun, beliau dituduh menghalang polis daripada menjalankan tanggungjawabnya.

Hiew, 26, didakwa mempersoalkan tindakan seorang anggota berpangkat sarjan yang cuba menghentikannya dengan berkata: "Lu apa kuasa mahu ambil gua punya lesen dan IC?"

Kata-kata itu membuatkannya bermalam di lokap.

Hiew hari ini bagaimanapun dengan bahasa Melayu yang lancar menafikan dakwaan terhadapnya itu.

Menurutnya, sarjan tersebut naik angin apabila beliau mengambil gambarnya dan dengan segera menghubungi kereta peronda dan empat lagi pegawai untuk menahannya.

Hiew juga mendakwa semasa ditahan, beliau tidak dimaklumkan haknya oleh pihak polis dan tidak membenarkannya memnghubungi keluarga dan kawan-kawannya.


Demo BERSIH gentarkan pemandu teksi
Norain Saleh & Norsyafinas Ahmad Sukri
Jun 11, 11
11:38am

Perhimpunan besar bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil pada Julai depan nampaknya menggentarkan sesetengah pemandu teksi sekitar ibu kota.

Dalam tinjauan pendapat Malaysiakini di sekitar Bangsar, Kuala Lumpur semalam, majoriti pemandu teksi yang ditemui menyuarakan rasa tidak senang dengan rancangan mengumpulkan puluhan ribu aktivis dan penyokong pembangkang pada tarikh itu.

Rata-rata mereka menjangkakan akan hilang pelanggan ekoran kesesakan teruk jalan raya, seperti pengalaman dalam demonstrasi-demonstrasi sebelum ini.

NONEMenurut Ismad Sheikh Abd Tawab (kiri), demonstrasi besar biasanya akan menimbulkan ketakutan kepada pelanggan mereka, sekali gus menjejaskan mata pencariannya.

"Bila keadaan OK, hendak naik teksi orang tidak takut. Bila jadi macam ini (demonstrasi), ada polis sana sini, terhalanglah (pergerakan). (Ini) gangguanlah." kata Ismad yang telah sepuluh tahun bekerja sebagai pemandu teksi.

Ismad, 48, turut memberitahu, demonstrasi selama dua jam sahaja sudah cukup untuk menjejaskan sekitar RM40 pendapatan mereka.

Semalam, selain persatuan pemandu teksi, Pemuda Umno, persatuan penjaja dan beberapa NGO membuat laporan polis di Kuala Lumpur Lumpur dan Putrajaya meminta polis bertindak awal terhadap penganjur demo BERSIH.

Sikap orang awam

Dilaporkan aduan itu dibuat kerana bimbangkan keamanan tergugat dan mata pencarian penjaja dan pemandu teksi sekitar ibu negara terjejas.

PKR dilaporkan mensasarkan 60,000 peserta menyertai perhimpunan itu manakala PAS pula mengerahkan lebih sejuta anggotanya daripada seluruh negara turun bersama-sama untuk menghandar memorandum kepada pihak istana pada tarikh berkenaan.

NONESementara itu, seorang lagi pemandu teksi Rosli Mohamad (kanan) pula berpendapat, kesesakan lalu lintas pada hari itu akan diburukkan lagi dengan sikap orang awam sendiri.

"Memang tidak setuju (demonstrasi). Dia (perserta) buatkan kesesakan lalu lintas. Orang awam akan takut. Malaysia ini satu saja (masalah), apa pun yang berlaku dekat tepi jalan semua akan tengok," katanya.

Rosli, 43, menambah, berdasarkan pengalamannya membawa teksi pada hari demonstrasi sebelum ini, separuh daripada sumber pendapatannya akan hilang begitu sahaja.

"Tengok macam kes (demonstrasi) Hindraf dulu... Satu hari tidak boleh buat kerja. Bukan kita tidak suka. Kalau dari pagi sampai malam, kesan (pendapatan) jadi separuhlah," katanya.

Bagi pemandu teksi berbangsa India, Prahbakaran Velaithian pula, memandu menggunakan teksi sewa membuatkan beliau tidak berani mengambil risiko tiada pelanggan.

'Tak masuk kawasan, tak ada hasillah'

"Rugi ada, letih ada, untung juga kurang. Upah tidak ada, kena bayar sewa (teksi)," kata lelaki 48 tahun itu.

NONEMohd Fazli Abdullah (kiri), 55 pula berkata, demonstrasi akan memberikan beban tambahan terhadapnya yang terpaksa keluar awal pagi untuk mengambil penumpang.

"Penumpang pun banyak merungut sebab sampai lambat, lagi pun meter (tetap) bergerak (walaupun kenderaan tidak bergerak)," katanya sambil memberitahu terpaksa mencari laluan alternatif untuk mengelakkan kesesakan.

Mohd Fazli kebiasaannya mendapat pendapatan antara RM50 sehingga RM 60 sehari.

Manakala Suthagar Subramaniam, 32, pula berkata walaupun mereka boleh beroperasi di kawasan lain sewaktu demonstrasi berlangsung, mereka masih menghadapi masalah mendapatkan penumpang.

"Bukan semua tempat (teksi) boleh behenti," tambahnya lagi.

Bagaimanapun, bagi seorang pemandu teksi warga emas Abdul Rahman Lambak, beliau tidak langsung ambil peduli langsung dengan perhimpunan anjuran Pakatan Rakyat dan kumpulan NGO itu.

"Kalau rajin dapat banyak (penumpang). Kalau kita tidak masuk ke situ (kawasan perhimpunan) tidak adalah (hasil)," kata Abdul Rahman, 65.

  • Wan Azharan · Pengulas Tertinggi
    yang buat kesesakkan lalu lintas sebab polis buat sekatan jalanraya, Pemandu teksi pun jangan fikir untuk diri sendiri sahaja , demo ini adalah untuk mendapatkan keadilan kepada semua rakyat.
    • Petterson Ray Petrus · Pengulas Tertinggi · Sm teknik
      wan: mcm mana jg nanti permit teksi yg mamak bagi tu kena tarik balik...kan permit teksi tu UMNO yg punya...wakakakaka

Ku Li syor s'jaya diraja siasat pembekal kuasa
Jun 11, 11 12:08pm

Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mencadangkan agar kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi mengkaji dan menyiasat syarikat pembekal kuasa tenaga kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang didakwa mengaut keuntungan berpuluh kali ganda.

Beliau berkata keadaan itu menyebabkan TNB menanggung kos perbelanjaan yang tinggi dan sekaligus membebankan kehidupan rakyat menerusi tarif baru elektrik yang berkuat kuasa 1 Jun lepas, selepas mendapat persetujuan kerajaan apabila membuat semakan semula harga gas.

"Suruhanjaya berkenaan penting bagi memberi keadilan kepada rakyat walaupun kenaikkan tarif eletrik itu hanya membabitkan 4.4 juta pengguna domestik di negara ini," katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Limau Kasturi dekat Gua Musang semalam.

Beliau mahu kerajaan memberi perhatian serius terhadap bebanan hidup rakyat terutama mereka yang berpendapatan rendah termasuk masyarakat kampung di seluruh negara kerana turut menanggung kos sara hidup yang semakin tinggi sejak kebelakangan ini.

“Suruhanjaya itu hendaklah menyiasat dan membuat kajian langkah yang perlu diambil kerajaan terhadap bebanan hidup rakyat hasil daripada kenaikan tarif elektrik ekoran syarikat pembekal kuasa elekrik menjual dengan harga terlalu tinggi," katanya.

Tengku Razaleigh yang juga Ketua Umno Bahagian Gua Musang berkata walaupun tidak semua pengguna menanggung beban kenaikan tarif elekrik itu, namun penduduk juga akan turut merasai bebanan terutama kenaikan harga barang.

Katanya ini kerana peniaga besar yang terbabit dengan kenaikan tarif baru elekrik sudah tentu akan menaikkan harga barangan pengeluaran mereka disebabkan kos yang meningkat termasuk juga pengangkutan.

“Kita harus berlaku adil dalam menyelesaikan masalah itu kerana saya melihat sekarang ini syarikat pembekal kuasa tenaga elektrik kepada TNB menopoli keuntungan berpuluh kali ganda disamping mendapat subsidi pula daripada Petronas,” katanya.

Bagaimanapun beliau turut menasihatkan rakyat supaya jangan menuduh kerajaan yang sengaja menaikkan harga barang keperluan di pasaran termasuk gula, minyak masak dan bahan bakar kerana semuanya bergantung kepada harga naik turun di pasaran dunia.

“Kita tidak mempunyai banyak bahan mentah untuk minyak masak dan gula, begitu juga bahan bakar yang terpaksa diimport dari negara luar hingga berlaku kenaikan yang perlu ditanggung bersama,” katanya.

--Bernama

  • Susahnya Menjadi Rakyat · Pengulas Tertinggi · University of Michigan
    Ku Li sendiri sedar yang IPP ni banyak kaut untung...
  • Mohamad Ismail · Pengulas Tertinggi
    Tak payah siasat-siasat lah..... benda dah terang lagi bersuluh. Apa lagi tunggu Ku Li, tak payang mengharapkan UMNO lagi, UMNO dah rosak, dirosakkan oleh pemimpin. Orang dah benci pemimpin UMNO, maka UMNO pun diborong sekali. Masuk parti lain lah Ku Li sementara sisa-sisa kehidupan masih ada, gunalah usia untuk berjuang dilandasan yang benar bersama pejuang yang ikhlas.



Najib hairan PAS baru terfikir negara kebajikan
Jun 10, 11 3:21pm

Datuk Seri Najib Razak berkata, perjuangan menjurus kepada negara kebajikan "yang baru terfikir oleh PAS" sudah lama dilaksanakan oleh kerajaan BN.

umno 65th anniversary 110511 najib making doaBernama memetik Perdana Menteri berkata, PAS sepatutnya tidak mengambil modal yang dilaksanakan BN untuk mewujudkan negara kebajikan kerana perkara itu sudah lama dilaksanakan oleh kerajaan.

Beliau berkata, penubuhan pelbagai agensi kerajaan seperti FELDA dan FELCRA sudah menepati ciri kebajikan yang semuanya sudah dinikmati oleh rakyat sejak sekian lama.

"Saya pelik dan ajaib, ada yang mencanangkan negara kebajikan...mereka baru terfikir?" katanya ketika merasmikan Konvensyen Wasatiyyah Sempena Satu Milenium Islam Di Nusantara di Putrajaya hari ini.

azlanBaru-baru ini, PAS melaungkan untuk memperjuangkan negara kebajikan selepas sekian lama mendakwa parti itu berjuang untuk menubuhkan negara Islam.

Pada 3 Jun lalu, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata partinya itu akan meneruskan gagasan negara berkebajikan yang disepakatinya bersama komponen Pakatan Rakyat kerana perkara yang lebih penting adalah pelaksanaan dan bukannya menumpukan jenama 'negara Islam' itu semata-mata.

NONE“Belum tiba masanya (tinggalkan usaha bentuk negara Islam). Apa yang penting adalah pelaksanaan. Kalau letak jenama saja tak laksana tak ada faedah. Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam Al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan.

“Sebab itu kalangan DAP melihat sendiri kerjasama kita dengan mereka. DAP kata mereka minum arak, kita tak boleh larang dia. Kita bukan macam kalangan setengah (pemimpin) BN yang boleh minum arak sama,” kata Hadi.


  • Antimamak Mamak · Top Commenter · Kerala University
    Mungkin PAS tak mengerti perbezaan Negara Kebajikan Cara UMNO. Mungkin juga PAS tidak mengamalkan Rukum UMNO.
    Rukun UMNO
    (1) Mengucap slogan 1Malaysia.
    (2) Rasuah lima kali sehari.
    (3) Berhenti rasuah waktu pilihanraya.
    (4) Menipu Rakyat dalam ceramah.
    (5) Menunaikan zakat untuk kroni.

    1. Beriman dengan UMNO.
    2. Beriman dengan Rasuah.
    3. Beriman dengan kitab Utusan.
    4. Beriman dengan Najib Mongolia.
    5. Beriman dengan Wang rakyat.
    6. Beriman dengan Fitnah.


8 perjanjian dimaterai di Kazakhstan
Jun 11, 11 11:56am

Kejayaan lawatan Datuk Seri Najib Tun Razak ke Kazakhstan baru-baru ini merupakan permulaan kepada lebih banyak hubungan bermanfaat yang memerlukan komitmen yang lebih serius.

Perdana Menteri telah merintis jalan untuk penerimaan dan sudah tentu Malaysia kini akan lebih diterima bagi menyertai secara aktif dalam pembangunan dan ekonomi Kazakhstan terutama dengan lapan perjanjian yang dimeterai semasa lawatan empat hari Najib di Astana.

Dengan kehadiran Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor -- dalam delegasi Perdana Menteri menandakan betapa seriusnya Malaysia dalam hubungan dua hala itu.

Ini telah menyebabkan Presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev secara terus terang menyatakan bahawa negaranya dengan 16 juta penduduk menganggap lawatan itu penting, kepada Najib sebagai seorang rakan Kazakhstan yang akrab dan kepada rakyat Malaysia terutama pelabur dan usahawan sebagai rakan kongsi dalam menentukan pertumbuhan negara itu.

Presiden Nazarbayev dan Perdana Menterinya Karim Massimov yang secara peribadi meminta Malaysia memulakan lima projek 'signature' yang telah dikenal pasti untuk merintis jalan dalam kerjasama perdagangan dan ekonomi antara kedua buah negara, menunjukkan mereka memandang tinggi terhadap kemampuan Malaysia.

Lima projek 'signature' adalah dalam bidang minyak dan gas, perbankan dan kewangan Islam, penjanaan tenaga elektrik, penternakan lembu dan fidlot, dan pembinaan sebuah hotel Malaysia yang bercirikan seni bina dan reka bentuk Malaysia di bandaraya ini yang dimodelkan kepada Putrajaya.

Najib berkata untuk mrealisasikan projek-projek itu, beliau telah mengarahkan Petronas datang ke Kazakhstan untuk perbincangan lanjut termasuk kemungkinan membawa bersama syarikat-syarikat petroleum Kazakhstan yang terpilih dalam usaha dan pelaburan Petronas di seberang laut sementara bagi penjanaan kuasa, CIMB Group telah komited untuk melabur US$50 juta (RM151.1 juta).

Sebuah syarikat Malaysia juga telah menandatangani perjanjian dengan sebuah syarikat tempatan untuk melabur dan mengusahakan 50,000 hektar tanah dengan 30,000hektar daripadanya untuk penternakan lembu dan baki 20,000 hektar untuk membangunkan fidlot manakala bagi pembinaan hotel, Najib akan memilih syarikat yang berkemampuan dari Malaysia.

Satu lagi perjanjian yang ditandatangani semasa Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF), satu lagi inisiatif Malaysia yang diadakan di sini mulai 7 hingga 9 Jun, membabitkan Amanah Raya Berhad dengan kerjasama sebuah syarikat tempatan untuk menguruskan dana haji dan pengendalian jemaah haji dari Kazakhstan.

Mustapa diberi tugas khas sebagai penyelaras pelaburan dan projek-projek dua hala bagi pihak Malaysia dalam hubungan dengan Kazakhstan manakala Timbalan Perdana Menteri Kazakhstan akan menjadi orang rujukan di sini, tugas yang bermakna bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar.

Individu yang sudah pasti gembira dengan kejayaan lawatan itu ialah Duta Besar Kazakhstan ke Malaysia Beibut B. Atamkulov yang kini bersedia memikul tanggungjawab bagi memastikan semua projek yang telah dipersetujui menjadi kenyataan dan mengukuhkan hubungan dua hala yang telah sedia terjalin.

“Sekembalinya saya ke Kuala Lumpur, saya tahu banyak tugas besar yang menanti saya. Tapi, saya memang telah bersedia dan akan membantu sedaya upaya saya," katanya kepada BERNAMA di sini hari ini, sambil menambah bahawa beliau suka melihat lebih banyak penerbangan terus antara Kazakhstan dan Malaysia bagi membolehkan hubungan rapat antara rakyat dengan rakyat.

Beliau berkata dalam menggalakkan hubungan dua hala, media juga memainkan peranan besar untuk menyebarkan maklumat mengenai kedua buah negara terutama mengenai persamaan yang ketara antara Kazakhstan dan Malaysia dan keunikan kedua buah negara yang boleh menambahkan pengetahuan rakyat kedua buah negara.

Atamkulov percaya hubungan Kazakhstan dan Malaysia mempunyai masa depan yang cerah yang perlu diberi perhatian dan usaha bersungguh-sungguh bukan sahaja untuk manfaat kedua buah negara tetapi juga kepada negara-negara di rantau Asia Tengah dan di ASEAN termasuk sebagai pintu masuk bagi perdagangan dan perniagaan.

Mustapa juga berkata Kazakhstan menyediakan peluang yang baik kepada pelabur dam ahli perniagaan Malaysia untuk meneroka peluang di seberang laut terutama apabila Kazakhstan mencatat kadar pertumbuhan tahunan tujuh peratus apatah lagi dengan pendapatan per kapita rakyatnya ialah US$13,000 (RM39,000).

“Fakta-fakta ini menyediakan pasaran siap yang besar kepada pengeksport dan ahli perniagaan Malaysia, tambahan pula dengan Malaysia menikmati reputasi dan 'brand name" yang baik di sini selain tawaran daripada Kazakhstan kepada kita untuk menjadi pintu masuk ke pasaran rantau ini dengan 170 juta penduduk," katanya.

“Penghargaan yang tinggi terhadap Malaysia dan penghormatan Presiden Nazarbayev dan kerajaannya terhadap Perdana Menteri, kita sebenarnya amat berbesar hati dan kita perlu berlaku adil untuk berusaha sedaya upaya memartabatkan imej Malaysia,” katanya.

--Bernama


Juli Ooi · Pengulas Tertinggi · Massey Palmerston North
Perjanjian yg dimeterai tidak bermakna Najib Rosmah beretika dlm mengambil kesempatan utk merisk perkahwinan anak perempuannya di Kazakhstan. Rakyat sudah byk kali dengar pengumuman begitu, tapi rakyat tak maju pun dan masih dibebankan dgn kenaikan harga.


PM pelik, ajaib

Oleh Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my

PUTRAJAYA: “Saya pelik dan ajaib apabila ada yang mencanangkan mengenai negara kebajikan... (sedangkan) kita sudah lama mengamalkan negara berkebajikan dengan berusaha membela nasib rakyat sejak dulu,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, konsep negara kebajikan bukan baru dan sentiasa menjadi objektif utama pentadbiran kerajaan ketika ini.


Malah, katanya penubuhan pelbagai agensi kerajaan seperti Felda, Risda dan Felcra membuktikan kesungguhan kerajaan membela nasib rakyat, dan ia menepati ciri-ciri negara kebajikan.

“Perjuangan menjurus kepada negara kebajikan sudah lama diperjuangkan, maka saya hairan dan pelik bila mereka nak membangunkan negara kebajikan.


“Apa yang mereka dakwa baru, sudah lama (kita) diperjuangkan. Tak payah mereka nak ambil modal kita,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Wasatiyyah Sempena Satu Millenium Islam di Nusantara anjuran bersama Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) dan Nadi Dialog Malaysia (Nadi), di sini, semalam.


Pada majlis sama, Najib turut menyampaikan Tokoh Wasatiyyah 2011 kepada Rektor Pertama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Allayarham Tan Sri Prof Dr Muhammad Abdul Rauf.

Sementara itu, Najib berkata, aspek pengagihan kekayaan dan keadilan sosial adalah faktor penting untuk mewujudkan kestabilan masyarakat dan ekonomi sesebuah negara.


Katanya, aspek itu sudah diberi penekanan oleh kerajaan supaya kekayaan diagihkan secara adil dan saksama kepada semua keturunan yang ada di negara ini.

Beliau berkata, pendekatan wasatiyyah (kesederhanaan berimbang) yang diamalkan negara ini membolehkan negara muncul sebagai negara Islam demokratik, dan berubah kepada negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi.


“Hari ini, kita sudah mengihyakan (menerapkan) wasatiyyah sebagai prinsip pedoman kepada gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.


“Inilah falsafah dan formula yang akan merealisasikan aspirasi negara dalam mencapai Wawasan 2020,” katanya.


Selain itu, Najib berkata polemik mengenai agama dalam sebuah negara yang berbilang keturunan perlu diurus dengan berhemah dan cermat kerana perbincangan berkaitan agama mampu membakar perasaan semua pihak.


“Sememangnya dalam sebuah negara demokratik, setiap individu bebas menyuarakan pendapat asalkan tidak melanggar undang-undang, tetapi menyuarakan pendapat yang diketahui mampu membakar perasaan penganut agama lain akan mengundang kenyataan balas yang provokatif.


“Justeru, semua pihak wajib berhati-hati dan mengambil pendekatan bijaksana demi kestabilan nasional, malah itulah yang dituntut dalam setiap ajaran agama,” katanya.


Tebus Selangor

Oleh Maiamalina Mohamed Amin
maiamalina@hmetro.com.my

HULU KLANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berazam menebus kekalahan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Selangor pada pilihan raya umum terdahulu dan meletakkan kembali parti itu sebagai parti pimpinan utama negara.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, percaya keazaman BN tidak didasari rasa mahu berubah semata-mata, malah merealisasikan perubahan itu untuk kemajuan Malaysia dan kesenangan rakyat.


Katanya, berbanding parti pembangkang yang bijak mencanang dan indah khabar daripada rupa, BN sudah diakui berkemampuan merubah negara menjadi lebih baik bersandarkan rekod pembangunan dilaksanakan.

“Pada 2008, kami (BN) mungkin banyak yang tersasar....di Gombak (dekat sini) saja kami kalah 4-0 iaitu tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu Parlimen.


“Tapi percaya kami berazam untuk tebus semula kekalahan itu dan letakkan BN sebagai parti pimpinan utama (seluruh negara) khususnya di Gombak.


“Kami perlu bangunkan semula Gombak dan untuk menjadi sebahagian jajahan BN, kerajaan perlukan sokongan masyarakat setempat,” katanya ketika berucap pada Majlis Sepetang Bersama Beliau di AU5D Lembah Keramat, di sini, semalam.

Kunjungannya ke kawasan itu yang bersempadan antara Parlimen Setiawangsa, Kuala Lumpur dan Gombak, Selangor disifatkan Najib sebagai program serampang dua mata kerana membabitkan dua negeri.


Najib menjelaskan, rakyat usah cepat terpengaruh dakyah dan janji pembangkang yang belum pasti direalisasikan hingga ada antara mereka berani menuding jari menyalahkan BN.

“Jangan bila dia (pembangkang) bagi sikit bantuan sudah riuh sekampung macam ayam bertelur sebiji riuh kemain...tapi kami ni telur emas tak pula macam tu...nak hebah.


“Kerajaan buat macam-macam nak bantu rakyat, bagi subsidi untuk tahun ini saja sehingga RM20 bilion dan kami bagi semua yang rakyat perlu.


“Kalau Pas sudah jadi parti caca merba itu mahu jadikan negara kebajikan, kami sudah lama buat, boleh huraikan daripada A sampai Z.


“Bila sampai pilihan raya...saya tak tahu bila, bunyi macam dekat (berseloroh), kami boleh huraikan (apa yang kerajaan buat) daripada kesihatan, pendidikan hampir percuma kepada penduduk, klinik 1Malaysia dan akan tokok tambah lagi,” katanya.


MB: Aset Sebenar Air Selangor RM12 bilion

Saturday, 11 June 2011 | Ruangan: Berita

SEPANG, 11 Jun — Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan aset air di Selangor sebenarnya bernilai RM12 bilion dan rakyat akan terus menikmati pemberian bekalan 20 meter padu air percuma setiap bulan selagi Pakatan Rakyat memerintah negeri itu.

Menurut Abdul Khalid, kerajaan pimpinannya sudah melakukan penyelidikan mengenai nilai sebenar aset air ekoran kegagalan pentadbiran BN menentukan nilai yang tepat semasa mereka memerintah negeri itu selama lima dekad.

“Kita memperuntukkan sebanyak RM760,000 untuk mengkaji nilai aset air di Selangor dan saya sudah dimaklumkan nilai sebenar aset air kita berjumlah RM12 bilion yang mana sebelum ini BN mengatakan ia bernilai RM1 bilion sahaja.

Inilah silap besar BN, mereka salah kira tapi kita tidak… kita semak balik, pening juga kita, dengan jumlah yang ada ini kalau kita jual RM1 bilion aset air ini rakyat boleh mendapat air percuma lebih daripada lapan tahun,” katanya pada ceramah perdana Agenda Negeri Selangor di Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi di sini.

Pemberian air percuma dilaksanakan kerajaan negeri Selangor selepas pilihan raya umum ke-12 sejak 2008, yang mana Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih pentadbiran daripada BN.

Kata Abdul Khalid, kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat akan terus memastikan kebajikan rakyat sentiasa terjamin.

“Kita akan pastikan rakyat dapat manfaat daripada apa yang kita lakukan, wang yang kita dapat akan dikembalikan semula kepada rakyat.

“Kebajikan kita akan jaga, BN setelah lebih 50 tahun gagal melaksanakan ini, anda boleh semak semua ini sama ada kita telus atau tidak.

“Kita sudah buktikan, kita bukan hanya bercakap… ini perbezaan kita dengan BN, kita terjemahkan ia (dalam bentuk tindakan), jadi saya minta agar anda terus memberikan sokongan kepada kita,” katanya.

Turut hadir Penasihat Ekonomi kerajaan negeri Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim, Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi Dr Xavier Jayakumar, Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Teresa Kok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda Shuhaimi Shafiei.

Menurut Abdul Khalid, rakyat Selangor membuat keputusan bijak kerana memilih Pakatan Rakyat untuk menggantikan BN pada pilihan raya umum 2008.

“Saya nak katakan bahawa anda telah memilih kita (Pakatan Rakyat) kerana mahukan reformasi, mahukan perubahan yang sudah lama dituntut.

“Anda memilih kita bukan sebab 1 Malaysia, anda tidak pilih kita atas dasar 1 Malaysia tapi anda pilih kita atas dasar reformasi… anda pilih kita sebab nak tahu sama ada PKR, PAS dan DAP boleh buat kerja atau tidak,” katanya.

Tambah beliau, walaupun baru tiga tahu memerintah Selangor, namun sehingga kini kerajaan negeri Pakatan Rakyat berjaya memberikan lebih banyak manfaat kepada rakyat dan terbaru pemilikan hak milik tanah dengan kadar premium yang rendah.

“Sudah tiga tahun saya jadi menteri besar, sama ada betul atau tidak (kerajaan negeri jaga kebajikan) anda sudah tahu.

“Kita dah buat macam-macam, kita beri air percuma dan terbaru kita beri pemilikan tanah kepada rakyat dengan bayaran yang rendah… dulu masa kita mula-mula beri air percuma, kita teruk dikecam (oleh Umno)… mereka kata tidak boleh, jadi saya minta senarai orang Umno yang tidak mahu air percuma tapi tidak diberikan,” katanya.

Malah menurut Abdul Khalid, sejak mengambil alih pentadbiran negeri Pakatan Rakyat sudah berjaya “membetulkan kesilapan” yang dilakukan BN dulu.


Selangor Bantu Rakyat Bayar Premium Tanah

Saturday, 11 June 2011 | Ruangan: Berita

SEPANG 11 Jun - Rakyat yang menghadapi masalah menjelaskan bayaran premium tanah akan dibantu kerajaan negeri demi memastikan rakyat di Selangor memiliki rumah sendiri.

Kerajaan negeri menetapkan bayaran serendah RM1,000 bagi penyelesaian isu itu dan bagi mereka yang masih tidak mampu berbuat demikian, mereka boleh menjalankan aktiviti kemasyarakatan di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang kemudiannya akan membantu individu tersebut menjelaskan bayaran premium berkenaan.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri prihatin dan menyedari terdapat sebahagian rakyat di negeri ini menghadapi masalah menjelaskan bayaran premium yang tinggi bagi pemilikan tanah.

Ekoran itu katanya kerajaan negeri membuat keputusan rakyat yang diberikan hak pemilikan tanah boleh membayar premium tersebut dengan bayaran minima sebanyak RM1,000.

Bagi mereka yang masih tidak dapat menjelaskan bayaran RM1,000 itu, katanya, bantuan menerusi JKM akan diberikan dengan syarat golongan tersebut perlu menjalankan tugas kemasyarakatan yang akan ditetapkan mengikut keperluan.

Jelasnya, pendekatan itu diambil kerana kerajaan negeri mahu membantu rakyat di Selangor terutama yang kurang berkemampuan memiliki kediaman sendiri.

“Rakyat mesti diberi kesempatan untuk memiliki tanah kediaman mereka jadi oleh sebab itu kerajaan negeri telah banyak buat program bagi borang 5A iaitu borang yang kita setujui penghuni rumah tersebut boleh mendapat geran tanah.

“Tapi yang susahnya bila baca surat itu ada bayaran premium di mana bayaran itu berasaskan nilai tanah, lagi mahal tanah lagi banyak premium kena dibayar iaitu sekurang-kurangnya 20 peratus daripada nilai tanah,” katanya pada Program Mesra Antara Menteri Besar Dan Rakyat di Dengkil. Turut hadir pada program sama ialah barisan Exco negeri Selangor, Teresa Kok, Dr Xavier Jayakumar dan Ronnie Liu.

Menurut Abdul Khalid, berikutan itu kerajaan negeri menerima banyak permintaan bagi mengurangkan bayaran premium tersebut.

“Cara yang terbaik kalau mereka tak dapat membayar premium, cara yang kita beri kita akan tawarkan mereka satu cara yang lain iaitu mereka yang tak boleh membayar, kita benarkan mendapatkan geran tanah dengan hanya membayar RM1,000 sahaja.

“Kalau lagi ada keluarga yan g tidak boleh membayar RM1,000, kita juga akan bantu melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat supaya mereka dibantu.. tetapi mereka kena buat kerja, tak bayar dengan duit mereka kena buat kerja kebajikan,” katanya.

Abdul Khalid berkata, tindakan itu dikenakan kerana mahu rakyat di Selangor bertanggungjawab terhadap apa yang mereka miliki dan tidak menganggap mudah segala bantuan diberikan kepada mereka.

Beliau menambah, kerajaan negeri sentiasa mementingkan kebajikan rakyat dan sering memberi keutamaan kepada mereka demi memastikan nasib golongan itu mendapat pembelaan sewajarnya.


MDSB Komited Wujud Zon Bersih

Saturday, 11 June 2011 | Ruangan: Berita

Sabak Bernam 11 Jun - Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) komited mempertingkatkan kebersihan di daerah itu dengan mengadakan Kempen Anti Buang Sampah Haram bermula 1 Jun 2011.

Mereka yang didapati bersalah atau ditangkap membuang sampah akan dikenakan kompaun maksima RM1,000.

Penolong Pegawai Penerangan MDSB Noraini Ahmad berkata kempen ini turut membuat penguatkuasaan ke atas sampah bukan pukal seperti puntung rokok, bekas air minuman,cebisan sampah dan lain-lain seumpamanya.

“Sebagai langkah pelaksanaan anggota penguatkuasa MDSB akan melakukan rondaan dengan berpakaian biasa (preman).Tindakan penguatkuasaan ini diambil berdasarkan Undang-Undang Kecil Pemungutan,Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap, Majlis Daerah Sabak Bernam 2007,” katanya.

Menurut Noraini, kempen ini sebagai medium merealisasikan Sabak Bernam sebagai kawasan Zon Bersih tahun 2011.

Kempen kebersihan ini juga sebagai wadah melahir masyarakat mementingkan kebersihan dan keindahan seperti yang dititikberatkan oleh kerajaan negeri dan MDSB sendiri.

” Zon Bersih adalah inisiatif menjadikan kawasan kotor supaya lebih bersih dan menarik,selain memupuk semangat kerjasama dan prihatin masyarakat,” katanya.


SPRM Digesa Siasat Projek Hospital Shah Alam

Saturday, 11 June 2011 | Ruangan: Berita

SHAH ALAM 11 Jun : Sangsi dengan ketelusan pelaksanaan projek Hospital Shah Alam yang melibatkan kepentingan awam di negeri ini, ahli parlimennya, Khalid Samad tampil membuat laporan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.

Laporan itu dibuat ekoran pelbagai dakwaan yang membelenggu projek terbabit termasuk isu pembayaran komisyen berjuta-juta ringgit oleh syarikat yang dikaitkan dengan Kementerian Kewangan.

Terdahulu, Khalid mendedahkan dokumen yang menunjukkan bekas subkontraktor projek itu, Frontier Structure menawarkan komisyen RM30 juta kepada bekas kontraktor utama Sunshine Fleet Sdn Bhd.

Manakala sepucuk surat lagi menunjukkan Kementerian Kewangan mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) memasukkan Frontier sebagai syarikat yang membida projek berkenaan walaupun tidak berkelayakan dan tidak berhasrat berbuat demikian.

Khalid menegaskan, beliau mahu SPRM menjalankan siasatan rapi bagaimana situasi seperti ini boleh berlaku.

“Kita mengharapkan pihak SPRM akan siasat dan selidik kenapa perkara seperti ini boleh berlaku?,”soalnya.

Adalah menyedihkan katanya, projek Hospital Shah Alam yang sepatutnya siap akhir bulan ini masih terbengkalai.

Untuk rekod, projek bernilai RM482.6 juta itu dimulakan sejak November 2007 dan bekas kontraktor utama, Sunshine Fleet hanya menyiapkan tidak sampai 30 peratus dari keseluruhan projek.

Khalid juga turut meminta SPRM menyiasat berhubung penundaan tender disebabkan mahu Frontier memperolehi pendaftaran sebagai kontraktor Kelas A terlebih dahulu.

“Ini menjadi tanda tanya bagaimana perkara seperti ini boleh berlaku dan sekarang ini pun projek ini masih tak berjalan, kenapa ia tak berjalan? Saya rasa mereka nak beri masa untuk Frontier mendapatkan pendaftaran mereka,” tambahnya lagi.

Khalid membuat laporan dan menyerahkan dokumen bukti kepada Pengarah SPRM Selangor, Datuk Jaafar Mahad.

Malah beliau turut melahirkan kekecewaannya terhadap sikap sambil lewa kerajaan pusat di atas kelewatan menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada warga Shah Alam hanya kerana lebih mengutamakan pemberian tender kepada kroni daripada kebajikan rakyat.

“Bagi warga Shah Alam ada kesannya, apabila kroni-kroni Umno bertelagah berebut projek, warga Shah Alam menjadi mangsa,”ujarnya.

Tiada ulasan: